Showing posts with label Marketing. Show all posts
Showing posts with label Marketing. Show all posts

Strategi Perletakan Harga

Di saluran Food Network 727, ada disiarkan satu rancangan Restaurant Impossible. Rancangan  berkenaan adalah mengenai seorang chef dan pasukannya yang membantu restoren yang mengalami kegagalan daripada ditutup. Biasanya masalah berpunca daripada menu yang tidak menarik, pekerja yang sambil lewa, premis buruk dan sebagainya.

Namun dalam satu episode terbaru, restorennya menarik, menunya sedap tetapi tetap mengalami kegagalan. Ditambah pula dengan pemiliknya mempunyai hutang yang banyak dikala memulakan perniagaannya. Bila diteliti, rupanya kegagalan tersebut berpunca daripada harga produk yang murah.

Harga produk murah sememangnya akan menjadi faktor pilihan oleh pelanggan. Tetapi, strategi perletakan harga secara sembrono akan menyebabkan kerugian dipihak peniaga dan usahawan. Berbalik kepada pemilik restoren dalam rancangan tersebut, beliau meletakkan harga berdasarkan kos bahan mentah sahaja tanpa mengambilkira kos-kos lain seperti pekerja, utiliti, dan lain-lain. Natijahnya, walaupun ramai pelanggan datang ke restoren beliau, ia tidak dapat mendatangkan keuntungan kepadanya.

kredit: http://www.longislandrealestatesearch.com


Berikut adalah strategi perletakan harga yang boleh digunapakai oleh anda:-

  • Positioning - Dimanakan produk anda didalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan pasaran anda. Jika anda memasarkan barangan mewah, semestinya anda tidak mahu meletakkan harga terlalu rendah begitu juga sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda terima apa yang anda bayar.  
  • Permintaan- Bagaimanakah harga anda akan mempengaruhi permintaan? Anda boleh melakukan soal selidik bagi mengetahui perkara ini. Contohnya, soalan yang boleh ditanya adalah "adakah anda akan membeli barangan A pada harga RM XXX".
  • Kos - Ambilkira kos tetap dan kos bolehubah dalam perkhidmatan dan produk anda. Anda perlu ingat bahawa margin kasar perlu meliputi kos overhead bagi mendapatkan keuntungan. 
  • Faktor Persekitaran - Adakah terdapat sebarang undang-undang atau kekangan dalam perletakan harga? Terdapat beberapa barangan yang sudah ditetapkan harag syiling, maka perlu diikuti harga tersebut sekiranya anda tidak mahu susah.Kenalpasti juga harga yang diletakkan oleh pesaing anda. Harga yang terlalu rendah akan menyebabkan perang harga yang akhirnya akan memudaratkan anda dan pesaing anda juga.
  • Survival -Dalam sesetengah situasi, anda perlu pastikan harga yang diletakkan akan membolehkan anda boleh bertahan dalam perniagaan tersebut. Contohnya, dalam perang harga atau pasaran tepu, anda perlu meletakkan harga yang sesuai buat sementara waktu supaya anda masih boleh meneruskan operasi. 
Semoga tips tersebut dapat membantu anda!

Waktu Terbaik Promosi di Facebook

Ramai peniaga yang berniaga  secara online sepenuh masa dan ramai juga yang secara part-time. Apapun, promosi sangat penting untuk memastikan perniagaan kita diketahui ramai. Antara medium promosi dan pengiklanan yang baik adalah di facebook.
Berikut adalah perkongsian mengenai waktu terbaik untuk membuat promosi di Facebook yang diambil dari group Malaysian Mom Biz Network.

Semoga mendapat manfaat dalam mengembangkan perniagaan kita.



Waktu Terbaik Promosi di Facebook
Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9 pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.
Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?
Selepas subuh (6am – 7am):
Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.
Selepas minum pagi (8am – 10am):
Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.
Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)
Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.
Selepas minum petang (4pm – 6pm):
Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.
Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):
Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.
So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.
Sumber : http://www.facebook.com/groups/mmbiznetwork/permalink/457386744308164/

Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Sudah menjadi lumrah manusia memang sentiasa perlu membuat keputusan dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, setiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional dan biasanya  dipengaruhi oleh emosi. Emosi pula bergantung kepada situasi yang kita hadapi samada emosi negatif atau emosi positif.
Untuk menjalin hubungan yang baik dengan pelanggan dan menjana keuntungan untuk perniagaan, anda perlu sentiasa boleh mengawal emosi anda. Bagaimanakah untuk membuat keputusan yang rasional?
Anda perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan anda perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.
kredit: http://merahitujambu.blogspot.com/

Bayangkan situasi dimana kad ATM anda ditelan oleh mesin ATM. Bank pula meminta anda datang semula esok hari kerana pegawai untuk mengurusakan kad ATM yang ditelan tidak ada di bank ketika itu. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda.
Dalam keadaan itu, anda pula bertindak dengan memarahi pelanggan tersebut lalu menyebabkan anda kehilangan pelanggan ini buat selama-lamanya.
Walhal keadaan normal, mungkin akan mendengar kritikan ini dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan keadaan.
Ini telah menyebabkan kerugian dipihak anda dan mungkin juga membawa kepada kehilangan reputasi kerana cakap-cakap dari pelanggan yang telah anda marahi tadi.
Bayangkan pula anda baru menyambut kelahiran anak yang baru. Dalam keadaan sangat gembira dan seronok ini, seorang pelanggan datang dan meminta kemudahan kredit. Kebarangkalian besar, anda akan meluluskan permohonan kemudahan kredit ini padahal pelanggan ini mempunyai rekod bayaran yang buruk.
Ini mungkin membawa kepada masalah mendapatkan bayaran dikemudian hari. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa membuat keputusan dalam keadaan sedar dan rasional. Tenangkan diri dan sentiasa berdoa semoga Allah swt membantu kita dalam urusan membuat keputusan supaya tiada tindakan yang akan menyebabkan kita sesali dikemudian hari.
Ingatan yang penting : Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Strategi Jualan Pecutan Saat Akhir

Kebanyakan penjual melalui internet bergantung kepada syarikat-syarikat penghantaran untuk menghantar berangan kepada pelanggan. Sempena hari raya yang bakal menjelma, pihak POSLAJU contohnya sudahpun mengeluarkan notis bahawa tarikh akhir penghantaran bagi penerimaan sebelum Syawal adalah pada 15 Ogos 2012. Diandaikan syarikat-syarikat lain pun akan membuat pengumuman yang sama.

Oleh yang demikian, para peniaga perlulah mempunyai strategi jualan bagi pasaran Online supaya dapat memaksimakan jualan dan keuntungan.

Sebagaimana larian 100m, apabila semakin hampir garisan penamat, seharusnya pelari semakin berlari dengan laju, begitu juga dengan para peniaga. Beberapa strategi jualan boleh digunakan bagi tujuan ini.



Berikut dikongsikan 3 strategi jualan pecutan saat akhir:-

1. Mewujudkan tawaran gabungan khas.

Tawaran Gabungan Khas meningkatkan jumlah jualan anda sebelum mendorong pelanggan-pelanggan teragak-agak untuk membeli masa kini supaya mereka boleh mendapatkan anda "berbaloi". Tawaran segini turut meningkat saiz bagi purata anda jualan. Dan jualan purata lebih besar mewujudkan lebih banyak jumlah untung untuk anda.

2. Menilai Semula Harga Produk

 Penurunkan harga juga boleh menarik bakal pembeli yang mungkin masih ragu-ragu tentang harga. Anda juga boleh menggunakan kaedah promosi Happy Hour dimana harga diturunkan buat masa terhad sahaja. Kaedah ini sering digunakan oleh peniaga di booth-booth jualan semasa hari penutup.

3. Mensasarkan kepada segmen pelanggan yang lebih kecil.

Anda pasti dapat mengenalpasti segmen pelanggan anda seperti contoh pelanggan berulang. Maka inilah masanya untuk anda cuba mensasarkan jualan kepada mereka. Ini lebih menjimatkan masa andakerana mereka memang sudah tahu kelebihan produk anda dan juga kepercayaan kepada perniagaan anda.  Kebarangkalian untuk mendapatkan jualan adalah lebih tinggi.

Marketing for Biz@Home : 24th Sept 2011



Mempunyai masalah untuk meluaskan pasaran anda? Terlalu banyak persaingan menjual produk yang sama? Di "Marketing for Biz@Home Workshop" ini,
anda akan didedahkan tentang…
  • Apa itu pemasaran (marketing).

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter