Showing posts with label Hobbies. Show all posts
Showing posts with label Hobbies. Show all posts

Bakat terpendam

Adik saya akan bertunang hujung minggu ini. Maka, sibuklah keluarga kami menguruskan hal pertunangannya. Walaupun yang akan bertunang itu adik lelaki, masih juga hendak difikirkan bab hantaran bertunang dan sebagainya.

Banyak belanja rupanya perlu dikeluarkan, walaupun sudah dibuat bajet untuk tidak berlebihan. Yang jadi masalahnya, tiba-tiba ibu kami tidak berkenan dengan gubahan hantaran yang telah dibuat melalui tempahan pada seorang saudara terdekat. Lantas terus dibuka semula gubahan tersebut.

Aduh. Bagaimana ya? Takkan perlu hantar semula ke kedai dan minta digubah lain? Pasti kosnya sudah meningkat pula.

Tiba-tiba idea timbul di kepala. Teringat satu perbualan dengan seorang sahabat baik yang mempunyai perniagaan gubahan hantaran dan pelamin. Beliau ada mengutarakan kepada saya untuk "venture" dalam bidang ini. Katanya, "good money".

Saya memberi alasan tidak kreatif dan keras tangan. Beliau kata, semuanya boleh belajar. Staffnya pun masa mula-mula keras tangan juga. Tapi lama-lama belajar dan berlatih, wah sudah pandai boleh bekerja sendiri tanpa perlu pengawasan.

Teringatkan perbualan ini menyebabkan saya rasa, hmm.. mungkin ini masanya saya cuba. Mungkin hasilnya tidak menarik, tetapi sekurang-kurangnya jimatlah sedikit belanja dan tidak berganda.

Maka, saya dan seorang adik lagi berpakat untuk buat bersama-sama. Dia membeli barang-barang hiasan, manakala saya pula menggubahnya. Tetapi, idea tidak datang.

Oh, nasib baik ada intenet. Ramai orang yang mempamerkan gubahan hantaran mereka. Bolehlah dapatkan sumber inspirasi dan ilham dari gambar-gambar tersebut.






Akhirnya, 1 jam setengah kemudian, 4 gubahan berjaya disiapkan. Kebetulan pula adik yang hendak bertunang datang melawat rumah dan sangat berpuas hati dengan gubahan tersebut. Wah, siapa sangka kami ada bakat terpendam menggubah hantaran.

Yang cuba saya sampaikan adalah, kita sebenarnya boleh lakukan apa sahaja jika kita mahu dan percaya dengan diri sendiri. Paling penting adalah kesungguhan dan motivasi. Jika kita berada dikalangan orang-orang yang betul dan boleh mendorong diri kita, pasti lebih baik hasilnya. Internet pula adalah alat untuk kita mendapatkan ilmu dan sumber informasi.

Maka, apalagi sahabat? Mari set minda dan cuba kenali bakat terpendam anda. Mana tahu itu bakal jadi punca pendapatan anda kelak.

Apakah masih perlu hobi setelah berumahtangga?

Masihkah anda ingat sewaktu kita dibangku sekolah dahulu, guru sering bertanya apakah hobi kita?
Biasanya hobi tersebut ditulis di dalam borang 101 (Maklumat Murid) atau pun  dalam autograf milik rakan-rakan.


Adakah anda masih lagi meneruskan hobi anda tersebut sehingga kini? Atau adakah hobi anda sudah berubah mengikut peredaran masa? Malang sekali jika anda kini tiada hobi langsung kerana sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerjaya.

Mempunyai hobi adalah sangat penting kepada setiap wanita, tua atau muda. Ia mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan kepada pengamalnya.

Quick Exercises to Stay Fit & Lose Weight At Home - 19th March 2011


A common excuse for mothers not to exercise is "I don't have time".

Yet, as mothers, it is important for us to keep fit and healthy so we can perform our role as caretakers of our families, as well as a servant of Allah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter