Networking Tea with Hartini Halim



Calling Moms In Business!


Take a timeout and NETWORK with other moms like you! Learn from our GUEST SPEAKER, Hartini Halim owner of Tini's Spa on her experience doing business in the spa & beauty industry since 2005.

Hartini started her spa, Tini's Spa in Shah Alam in May 2005. In 2008 she opened another branch in Ampang and last year, her 3rd branch of Tini's Spa in Setapak. She specialises in facials by Dermalogica, and offers massage, slimming and spa servies. She is a mother of 4 children.

23rd Feb 2013, 3-5 pm
ALIMKids USJ, 34-2 Jalan USJ 9/5Q
Subang Business Centre, UEP Subang Jaya

RM30 per pax only.

Strategi Perletakan Harga

Di saluran Food Network 727, ada disiarkan satu rancangan Restaurant Impossible. Rancangan  berkenaan adalah mengenai seorang chef dan pasukannya yang membantu restoren yang mengalami kegagalan daripada ditutup. Biasanya masalah berpunca daripada menu yang tidak menarik, pekerja yang sambil lewa, premis buruk dan sebagainya.

Namun dalam satu episode terbaru, restorennya menarik, menunya sedap tetapi tetap mengalami kegagalan. Ditambah pula dengan pemiliknya mempunyai hutang yang banyak dikala memulakan perniagaannya. Bila diteliti, rupanya kegagalan tersebut berpunca daripada harga produk yang murah.

Harga produk murah sememangnya akan menjadi faktor pilihan oleh pelanggan. Tetapi, strategi perletakan harga secara sembrono akan menyebabkan kerugian dipihak peniaga dan usahawan. Berbalik kepada pemilik restoren dalam rancangan tersebut, beliau meletakkan harga berdasarkan kos bahan mentah sahaja tanpa mengambilkira kos-kos lain seperti pekerja, utiliti, dan lain-lain. Natijahnya, walaupun ramai pelanggan datang ke restoren beliau, ia tidak dapat mendatangkan keuntungan kepadanya.

kredit: http://www.longislandrealestatesearch.com


Berikut adalah strategi perletakan harga yang boleh digunapakai oleh anda:-

  • Positioning - Dimanakan produk anda didalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan pasaran anda. Jika anda memasarkan barangan mewah, semestinya anda tidak mahu meletakkan harga terlalu rendah begitu juga sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda terima apa yang anda bayar.  
  • Permintaan- Bagaimanakah harga anda akan mempengaruhi permintaan? Anda boleh melakukan soal selidik bagi mengetahui perkara ini. Contohnya, soalan yang boleh ditanya adalah "adakah anda akan membeli barangan A pada harga RM XXX".
  • Kos - Ambilkira kos tetap dan kos bolehubah dalam perkhidmatan dan produk anda. Anda perlu ingat bahawa margin kasar perlu meliputi kos overhead bagi mendapatkan keuntungan. 
  • Faktor Persekitaran - Adakah terdapat sebarang undang-undang atau kekangan dalam perletakan harga? Terdapat beberapa barangan yang sudah ditetapkan harag syiling, maka perlu diikuti harga tersebut sekiranya anda tidak mahu susah.Kenalpasti juga harga yang diletakkan oleh pesaing anda. Harga yang terlalu rendah akan menyebabkan perang harga yang akhirnya akan memudaratkan anda dan pesaing anda juga.
  • Survival -Dalam sesetengah situasi, anda perlu pastikan harga yang diletakkan akan membolehkan anda boleh bertahan dalam perniagaan tersebut. Contohnya, dalam perang harga atau pasaran tepu, anda perlu meletakkan harga yang sesuai buat sementara waktu supaya anda masih boleh meneruskan operasi. 
Semoga tips tersebut dapat membantu anda!

Sesi Networking Tea SoHoIBU

Satu sesi Networking Tea SoHoIBU telah diadakan pada Sabtu 12/01/2013 yang lalu bersama pengasas UmmikuSayang, ALIMKids dan SoHoIBU - Lily & Hani.  

Mereka telah berkongsi mengenai topik bekerja dari rumah, SoHoIBU, WAHM - kerjaya idaman para ibu.nTetapi, macam mana nak mula? Boleh ke berjaya? Best ke?






Antara yang dibincangkan juga adalah 5 langkah kejayaan SoHoIBU. Selain itu Puan Lily dan Hani juga berkongsikan tips kejayaan mereka. 




Berikut adalah maklumbalas daripada mereka yang hadir sesi tersebut. Semoga bermanfaat buat semua.


Banyak lagi yang boleh dipelajari dan dikongsikan bersama jika anda menghadiri program coaching SoHoIBU. Dapatkan maklumat lanjut dari facebook SoHoIBU.

Act now!

You always know that you wanted to own a business. You want to work on your own. You want to be your own boss. You have plans.You have target. You have analyzed, organized and strategized. But one thing you did not do is, you did not take action. You ain't going nowhere.

Last two years, when i 'plan' to quit my office work and work from home, i was afraid. I was already in my comfort zone. A 4-figure salary waiting to be withdrawn at the end of the month. Pension when i am finally 58. So i wasn't sure if 'i can survive' if i quit and do business full-time.

I called this friend, and that friend to get some opinions and advices. I read this book and that book to get some ideas. However, until i really take action, then only i know how to make things work. Things that once seemed confusing begin to become clear. Things that once appeared difficult begin to become easier. People start to pay attention to me. i begin to attract others who will support and encourage me.



There's no perfect timing. Once in a while, i made mistakes. I learn from the mistakes, do necessary correction, keep taking actions and try to produce the result. 

Nothing happens until you take action.

It's time to quit waiting for

Perfection
Inspiration
Permission
Reassurance
Somene to change
The right person to come along
The kids to leave home
The new administration to take over
An absence of risk
Someone to discover you
A clear set of instructions
More self-confidence

Get on with it already!

Good luck ladies.

SoHoIBU: Level 2


Alhamdulillah, we have had a great session with our Level2 SoHoIBU entrepreneurs on 11th November 2012. It's always feel good to share and learn from them too.

WHat will be shared in Level 2 of SoHoIBU?

Check out the module outline from the poster. 

Our goal is to coach entrepreneurs who will create their own brands one day. We did it, and so can they.

Like us at www.facebook.com/SoHoIBU to find out when is our next intake and how to be a SoHoIBU too!

Waktu Terbaik Promosi di Facebook

Ramai peniaga yang berniaga  secara online sepenuh masa dan ramai juga yang secara part-time. Apapun, promosi sangat penting untuk memastikan perniagaan kita diketahui ramai. Antara medium promosi dan pengiklanan yang baik adalah di facebook.
Berikut adalah perkongsian mengenai waktu terbaik untuk membuat promosi di Facebook yang diambil dari group Malaysian Mom Biz Network.

Semoga mendapat manfaat dalam mengembangkan perniagaan kita.



Waktu Terbaik Promosi di Facebook
Kali ini, saya nak kongsi sikit tentang waktu-waktu sesuai untuk buat promosi di Facebook. Kenapa saya katakan ada waktu sesuai? Sebab pertama sekali, Facebook ni berunsurkan ‘Live Updating’. Contohnya, kalau kita buat promosi pada waktu 3am, orang yang buka facebook pada jam 9 pagi mungkin dah tak nampak post promosi anda sebab sudah ditenggelami post dan status update dari kawan-kawan lain dalam friendlist dia.
Jadi,bilakah waktu promosi yang sesuai?
Selepas subuh (6am – 7am):
Waktu sebegini, bagus untuk mempromosikan branding anda. Sebab orang baru bangun tido, baru celik mata, baru mandi, masih segar, minda masih fresh. Jadi post yang sesuai untuk bina branding? Bagilah tazkirah pagi, kata-kata motivasi, tips menceriakan hari, pastu letak ‘link website’ anda ke, link ‘fanpage ke’ dan sebagainya. Post promosi produk kesihatan pun bagus sebabnya orang baru bangun tidur, ada yang baru sarapan pagi dan ada dah pasang niat malam sebelumnya untuk kuruskan badan.
Selepas minum pagi (8am – 10am):
Yang masuk kerja pagi, ada yang pegi minum kopi dulu, ada yang santai2 check smartphone dorang, (tak terfikir ke apasal ada yang update status mcm 24hrs di Facebook? Sebab dorang browse dari smartphone ler). Masa ni memang sesuai untuk terus bina branding perniagaan anda. Kalau ada ‘testimoni’ dari pelanggan, boleh post sekali masa waktu ni.
Waktu makan tengah hari (12pm – 2pm)
Lunch time, apa lagi, facebook lah. Standard la tu. Tgh makan mmg tak check. Tapi lepas makan? Ha, smartphone kluar lagi, ada yang guna tablet, login facebook, update status, gambar ikan goreng la, sambal belacan la, kari ayam la, dan masa ni juga kalau kita mula nak post PROMOSI produk kita sangat sesuai. Sertakan juga testimoni pembeli kalau ada. Gambar memainkan peranan penting jadi kalau ada gambar yang boleh terujakan lagi seseorang tu, post le.
Selepas minum petang (4pm – 6pm):
Ni pulak, ada yang da mula masuk mood shopping. Yang wanita, dah mula buka balik post-post yang menarik perhatian mereka masa WAKTU LUNCH tadi. Sama juga dengan lelaki. Tetapi, mereka masih belum nak beli. Yang beli tu memang da sedia ‘ready cash’ dalam akaun dan ada masa untuk buat internet banking dan sebagainya. Tapi lazimnya, seseorang tu akan memikirkan dulu tentang produk tu. Dia akan gambarkan produk tu dalam minda dia dalam perjalanan balik dari ofis. Jadi masa ni, boleh post promosi seperti “Terhad, hanya untuk 5 pelanggan pertama sahaja, harga sekian2. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi sekian-sekian”.
Selepas makan malam & Isyak (9pm – 12midnight):
Inilah waktu HOT. Tapi jangan sampai buat promosi seperti tiada hari esok. Islam menggalakkan kita untuk menuju kearah kesederhanaan. Jadi buat promosi pun sederhana sahaja. Gunakan ayat-ayat soft selling untuk menarik perhatian. Gunakan ayat-ayat yang dapat memberikan impak emosi kepada bakal pembeli. Dan masa ni jugalah anda MESTI online kalau anda buat promosi. Kerana kalau pembeli tu dah memang bersedia nak beli, tapi anda pulak tak online, dan ada tawaran lagi satu dari peniaga lain, mereka akan beli dari orang tu pula.
So, simple tapi tak semudah itu nak mendapatkan jualan ya. Ini cuma pencerahan sahaja. Panduan. Boleh cuba kalau nak, kalau tak nak pun takpe. Hehe. Dan ini adalah hasil dari pengalaman buat promosi di Facebook secara percuma. Respons yang kita dapat dari pembeli dan trend membeli secara online pada waktu apa.
Sumber : http://www.facebook.com/groups/mmbiznetwork/permalink/457386744308164/

SoHoIBU: Act Now! Module outline


What are the three levels in SoHoIBU coaching program?



The coaching program for those who wants to know how to start working from home or be a SoHoIBU will be starting soon :). 

There are three levels:

Level 1 : For those who wants to work from home but don't know how or where to start


Level 2: For those who have started their business from home and wants to grow their business further

Level 3: For those who are ready to venture outside the home and expand their business further.

We are starting Level 1 & level 2 in November 2012.


 


Next group will be in Jan or Feb insya Allah.


 


Email us if you are interested to be coached by us ;)

Bakat terpendam

Adik saya akan bertunang hujung minggu ini. Maka, sibuklah keluarga kami menguruskan hal pertunangannya. Walaupun yang akan bertunang itu adik lelaki, masih juga hendak difikirkan bab hantaran bertunang dan sebagainya.

Banyak belanja rupanya perlu dikeluarkan, walaupun sudah dibuat bajet untuk tidak berlebihan. Yang jadi masalahnya, tiba-tiba ibu kami tidak berkenan dengan gubahan hantaran yang telah dibuat melalui tempahan pada seorang saudara terdekat. Lantas terus dibuka semula gubahan tersebut.

Aduh. Bagaimana ya? Takkan perlu hantar semula ke kedai dan minta digubah lain? Pasti kosnya sudah meningkat pula.

Tiba-tiba idea timbul di kepala. Teringat satu perbualan dengan seorang sahabat baik yang mempunyai perniagaan gubahan hantaran dan pelamin. Beliau ada mengutarakan kepada saya untuk "venture" dalam bidang ini. Katanya, "good money".

Saya memberi alasan tidak kreatif dan keras tangan. Beliau kata, semuanya boleh belajar. Staffnya pun masa mula-mula keras tangan juga. Tapi lama-lama belajar dan berlatih, wah sudah pandai boleh bekerja sendiri tanpa perlu pengawasan.

Teringatkan perbualan ini menyebabkan saya rasa, hmm.. mungkin ini masanya saya cuba. Mungkin hasilnya tidak menarik, tetapi sekurang-kurangnya jimatlah sedikit belanja dan tidak berganda.

Maka, saya dan seorang adik lagi berpakat untuk buat bersama-sama. Dia membeli barang-barang hiasan, manakala saya pula menggubahnya. Tetapi, idea tidak datang.

Oh, nasib baik ada intenet. Ramai orang yang mempamerkan gubahan hantaran mereka. Bolehlah dapatkan sumber inspirasi dan ilham dari gambar-gambar tersebut.






Akhirnya, 1 jam setengah kemudian, 4 gubahan berjaya disiapkan. Kebetulan pula adik yang hendak bertunang datang melawat rumah dan sangat berpuas hati dengan gubahan tersebut. Wah, siapa sangka kami ada bakat terpendam menggubah hantaran.

Yang cuba saya sampaikan adalah, kita sebenarnya boleh lakukan apa sahaja jika kita mahu dan percaya dengan diri sendiri. Paling penting adalah kesungguhan dan motivasi. Jika kita berada dikalangan orang-orang yang betul dan boleh mendorong diri kita, pasti lebih baik hasilnya. Internet pula adalah alat untuk kita mendapatkan ilmu dan sumber informasi.

Maka, apalagi sahabat? Mari set minda dan cuba kenali bakat terpendam anda. Mana tahu itu bakal jadi punca pendapatan anda kelak.

SoHoIBU Coaching Program Details

Adakah anda ingin memulakan perniagaan atau anda rasa perniagaan anda statik dan tidak berkembang seperti diharapkan?

Terokailah potensi anda, capailah impian anda dan jadikan SoHoIBU sebagai kerjaya pilihan anda.

Kami komited untuk membantu semua wanita dan ibu-ibu diluar sana. Sertailah program SoHoIBU yang akan dimulakan pada bulan November 2012.


Apakah SoHOIBU coaching program?

 




Kenapa anda perlukan SoHoIBU Coaching Program?









Bagaimanakah mekanisme SohoIBU Coaching Program?

Tempoh Coaching sebulan untuk setiap peringkat. Terdapat 3 peringkat coaching iaitu:-


a. Level 1: Act Now! (Bertindak sekarang)
b. Level 2: Business Focus (Fokus kepada perniagaan)
c. Level 3: Conquer your fear (Kuasai ketakutan anda)








Sesi Coaching berkumpulan (Min 3, Max 5) 2 x bengkel 4jam & 2 x sesi ‘one-to-one’ (1/2 jam setiap sesi).

Akan bermula pada Nov 2012.
Level 1: 3-17 Nov 2012
Level 2: 10-24 Nov 2012

Level 3: akan di umumkan kelak.




Kenali coach anda. 








Coach anda adalah Puan Hani Arziana dan Puan Lily Maznah yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang keusahawanan serta telah banyak mengendalikan seminar-seminar berkaitan dengan SoHo sebelum ini. Mereka juga adalah pengasas Ummikusayang Learning Centre. Baca lebih lanjut mengenai mereka di sini.


Maklumat lanjut.



Pelaburan anda hanyalah RM350 (setiap peringkat)
Lokasi: ALIMKids Bookshop USJ (0380248664)
Email: sohoibu@gmail.com untuk pertanyaan atau pendaftaran.



Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter