Strategi Perletakan Harga

Di saluran Food Network 727, ada disiarkan satu rancangan Restaurant Impossible. Rancangan  berkenaan adalah mengenai seorang chef dan pasukannya yang membantu restoren yang mengalami kegagalan daripada ditutup. Biasanya masalah berpunca daripada menu yang tidak menarik, pekerja yang sambil lewa, premis buruk dan sebagainya.

Namun dalam satu episode terbaru, restorennya menarik, menunya sedap tetapi tetap mengalami kegagalan. Ditambah pula dengan pemiliknya mempunyai hutang yang banyak dikala memulakan perniagaannya. Bila diteliti, rupanya kegagalan tersebut berpunca daripada harga produk yang murah.

Harga produk murah sememangnya akan menjadi faktor pilihan oleh pelanggan. Tetapi, strategi perletakan harga secara sembrono akan menyebabkan kerugian dipihak peniaga dan usahawan. Berbalik kepada pemilik restoren dalam rancangan tersebut, beliau meletakkan harga berdasarkan kos bahan mentah sahaja tanpa mengambilkira kos-kos lain seperti pekerja, utiliti, dan lain-lain. Natijahnya, walaupun ramai pelanggan datang ke restoren beliau, ia tidak dapat mendatangkan keuntungan kepadanya.

kredit: http://www.longislandrealestatesearch.com


Berikut adalah strategi perletakan harga yang boleh digunapakai oleh anda:-

  • Positioning - Dimanakan produk anda didalam pasaran? Perletakan harga perlulah sesuai dengan pasaran anda. Jika anda memasarkan barangan mewah, semestinya anda tidak mahu meletakkan harga terlalu rendah begitu juga sebaliknya. Pelanggan selalunya berpegang kepada idea anda terima apa yang anda bayar.  
  • Permintaan- Bagaimanakah harga anda akan mempengaruhi permintaan? Anda boleh melakukan soal selidik bagi mengetahui perkara ini. Contohnya, soalan yang boleh ditanya adalah "adakah anda akan membeli barangan A pada harga RM XXX".
  • Kos - Ambilkira kos tetap dan kos bolehubah dalam perkhidmatan dan produk anda. Anda perlu ingat bahawa margin kasar perlu meliputi kos overhead bagi mendapatkan keuntungan. 
  • Faktor Persekitaran - Adakah terdapat sebarang undang-undang atau kekangan dalam perletakan harga? Terdapat beberapa barangan yang sudah ditetapkan harag syiling, maka perlu diikuti harga tersebut sekiranya anda tidak mahu susah.Kenalpasti juga harga yang diletakkan oleh pesaing anda. Harga yang terlalu rendah akan menyebabkan perang harga yang akhirnya akan memudaratkan anda dan pesaing anda juga.
  • Survival -Dalam sesetengah situasi, anda perlu pastikan harga yang diletakkan akan membolehkan anda boleh bertahan dalam perniagaan tersebut. Contohnya, dalam perang harga atau pasaran tepu, anda perlu meletakkan harga yang sesuai buat sementara waktu supaya anda masih boleh meneruskan operasi. 
Semoga tips tersebut dapat membantu anda!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter