Rebut Peluang Berniaga di Bulan Ramadan

Bulan Ramadan adalah bulan yang bagus untuk setiap aspek diri kita. Berpuasa meningkatkan ketahanan fizikal dan rohani. Ada juga yang mengambil peluang untuk menceburi bidang perniagaan semasa bulan Ramadan. Menjadi usahawan segera bagi memanfaatkan peluang yang ada tidak salah malahan kecenderungan dan kekuatan anda untuk memulakan perniagaan ini harus dipuji.

Terdapat pelbagai persoalan yang timbul bagi mereka yang ingin mendapatkan wang sampingan sempena bulan puasa ini. Soalan-soalan yang seringkali kita dengari adalah apakah jenis perniagaan yang hendak dilakukan?



Sebenarnya, berjualan apa sahaja pun akan laku terutama di bulan Ramadan ini. Berikut adalah perniagaan yang boleh dipertimbangkan:-

  1. Mengambil tempahan kuih raya/kek
  2. Mengambil upah menjahit baju/langsir.
  3. Menjual butang baju/kerongsang/songkok
  4. Menjual juadah berbuka puasa di bazar Ramadan/gerai.
  5. Menjual sampul duit raya 'personalized'.
  6. Menjual gadjet-gadjet Islamik seperti Pen Quran dan lain-lain lagi.
  7. Menjual barang-barang keperluan raya
  8. Menjual ketupat dan lemang.

Walau bagaimanapun, jenis-jenis perniagaan ini adalah sangat biasa dan terdapat banyak persaingan. Maka anda perlukan daya penarik supaya dapat membezakan perniagaan dan perkhidmatan anda dengan peniaga yang lain. Ingat, setiap masalah adalah satu peluang.

Sebagai contoh, buat mereka yang berada di ibukota, mungkin anda boleh menyediakan juadah berbuka bagi hari bekerja yang dihantar terus kepada pelanggan seperti yang dilakukan oleh MangkukTingkat.com.




Tips-tips lain dalam berniaga di bulan Ramadan adalah seperti berikut:

  • Mengatasi rasa takut: Jangan risau sekiranya anda tidak mendapat keuntungan seperti yang dibayangkan. Andaikan perniagaan ini sebagai acara pemanas badan bagi mengutip pengalaman untuk larian jarak jauh.
  • Mendapatkan modal: Anda bolehlah mencari rakan kongsi untuk memulakan perniagaan ini. Biasanya perniagaan di bulan Ramadan adalah berskala kecil dan tidak perlu modal yang besar. Lebih baik lagi jika anda dapat mencari pembekal yang menawarkan perkhidmatan dropship atau konsignment kerana ia lebih menjimatkan dan selamat.
Semoga kita mendapat pahala beribadah melalui perniagaan juga di dalam Bulan Ramadan yang penuh barakah ini. Insya Allah. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter