Kesilapan Menguruskan Wang Bersama Anak-anak

Musim-musim raya ini, anak-anak kita pasti bergembira kerana mendapat wang raya dari saudara mara dan sahabat handai yang datang berkungjung. Tidak salah jika dikatakan anak-anak mempunyai kuasa membeli terbesar selepas raya.

Walau bagaimanapun, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak untuk menguruskan wang mereka. Mungkin ada yang masih kecil dan tidak tahu nilai wang itu, tetapi jika bukan kita yang mulakan dari sekarang, kelak anak-anak akan membesar menjadi pemboros.



Terdapat beberapa kesilapan dalam menguruskan wang bersama anak-anak kita. Disini kami kongsikan beberapa kesilapan yang seringkali ibubapa lakukan dan menimbulkan persepsi yang silap kepada anak-anak.

1. Menggunakan kad kredit dihadapan anak-anak. 

Kad kredit adalah seperti 'magic' kepada anak-anak kerana mereka tidak nampak pertukaran nilai yang berlaku semasa transaksi. Bagi mereka, barangan itu mudah diperolehi dan ramai juga yang fikirkan bahawa membeli secara kad kredit adalah seperti mendapat sesuatu barangan dengan percuma.

Bahkan, ramai juga orang dewasa yang  tertipu dengan keadaan ini dan akhirnya, hantu itu menghantui kita apabila mendapat bil pada hujung bulan.

Sebagai ibubapa, sebolehnya elakkan penggunaan kad kredit dihadapan anak-anak. Anda juga boleh mengajar mereka konsep penggunaan kad kredit supaya mereka faham akan transaksi yang berlaku semasa proses jual beli tersebut.

2. Membelikan barangan untuk anak kerana kawan-kawannya ada barangan tersebut.

Kanak-kanak (dan remaja) mudah terpengaruh dengan persekitaran mereka. Seringkali kita mendengar anak mahukan sesuatu kerana iklan atau kerana sahabat mereka mempunyai barangan tersebut. Jika seringkali mengikut kehendak mereka, silap-silap kita akan menyampaikan mesej yang salah tentang keperluan dan kehendak.

Jika anda mampu sekalipun, anda boleh memainkan peranan dengan memberitahu mereka nilai barangan tersebut supaya mereka lebih menghargai sesuatu barangan yang mereka kehendaki.

3. Tidak memberitahu harga barangan kepada anak-anak.

Adakah anda rasakan bahawa tiada gunanya berkongsi harga belian dengan anak-anak? Sebenarnya dengan memberitahu nilai yang anda perlu belanjakan untuk sesuatu barangan akan membantu anak-anak memahami kesusahan dan jumlah wang yang perlu dikeluarkan bagi memiliki sesuatu barangan.

Memahami nilai sesuatu barangan juga boleh menjadikan mereka lebih bertanggungjawab keatas barangan yang mereka miliki.

4. Memberi anak wang tanpa sebab

Adalah penting bagi kita supaya membuat sesuatu dengan bersebab. Memberi anak wang tanpa sebab-sebab tertentu akan menyebabkan mereka fikir wang mudah diperolehi walhal hakikatnya tidak begitu. "Money doesn't grow on trees" dan anak-anak perlu tahu hakikat itu.

Itulah beberapa kesilapan yang seringkali dilakukan oleh kita sebagai ibubapa. Semoga dengan perkongsian tips ini akan membantu kita membesarkan anak yang bertanggungjawab terhadap wang dan kewangan.


Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter