Inovasi dalam kehidupan dan perniagaan

Dua tahun yang lepas, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di sebuah jabatan kerajaan dan menguruskan rumahtangga sepenuh masa. Namun dek kerana terlalu biasa bekerja, saya tidak betah untuk duduk dirumah sahaja tanpa membuat sebarang pekerjaan. Lantas, saya memulakan perniagaan menjual buku secara online.

Setahun kemudian, berkat bantuan suami, saya berjaya membuka sebuah premis perniagaan. Di premis tersebut, selain menempatkan buku-buku jualan saya, pada waktu petang dan hujung minggu, diadakan kelas mengaji, ALIMKids  playgroup dan kelas-kelas lain.

Alhamdulillah, perniagaan saya berkembang baik, namun terdapat satu masalah lain iaitu masalah menguruskan masa dan rumahtangga. Sudah lumrah, perhatian manusia tidak dapat dibahagi secara sama rata, lantas bila lebih masa ditumpu ke perniagaan, masa untuk anak-anak dicuri pula.

Hendak ditambahi pula, pada awal tahun ini, saya disahkan hamil anak keempat. Dengan loya dan mabuk di awal kehamilan, semua kerja pun terbatas.



Keluarga atau perniagaan?

Oleh kerana asal niat saya berhenti awal-awal dahulu untuk sentiasa menjaga dan mendidik anak sendiri, maka saya perlu fikirkan semula apa yag saya mahukan. Bagaimana ya? Takut dikejar tidak dapat, dikendong berciciran.

Antara perkara yang saya timbangfikir semula adalah adakah saya mampu untuk terus berulang-alik ke premis perniagaan saya nanti apatah lagi dengan 4 orang anak?

Jadi, selepas berdiskusi dengan suami, kami bercadang untuk memindahkan premis perniagaan ke lokasi lebih dekat dengan rumah dan sekolah anak-anak. Supaya tidak banyak masa dihabiskan dijalanan. Keputusan yang sukar, tetapi saya percaya lebih besar risiko, insya Allah, lebih besar ganjarannya jika berjaya. Yang sebenar-benarnya adalah kita perlu ada kemahuan, keinginan, wawasan dan visi untuk terus memajukan diri kita.

Kesimpulannya dari pengalaman ini ialah, perniagaan perlu sentiasa berinovasi. Jika nampak kesukaran di suatu jalan, cuba jalan lain.nBeberapa perkara yang boleh dijadikan panduan semasa menimbangtara inovasi dalam perniagaan adalah seperti berikut:-

  • Kaji permintaan
  • Sasaran pasaran
  • Merancang
  • Usaha habis baik (All-out)

 Saya percaya semua ketentuan Allah swt adalah yang terbaik. Cuma kita yang belum nampak hikmahnya.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter