Berikut adalah intipati bajet 2013 yang berkaitan dengan wanita dan program keusahawanan dibentangkan pada 28 September 2012 yang lalu oleh Perdana Menteri Malaysia. Semoga kita dapat mengambil peluang daripada pengumuman bajet tersebut.
MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BUDGET 2013
a. Pembangunan PKSSkim Pembangunan PKS – RM1 Bilion (SME Bank)
- Pelan Induk PKS (2012-‐2020) – RM 30 juta bagi tahun 2013
- Dana Industri Halal – RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan pengeluaran produk halal
- Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan maksimum sehingga 5,000 ringgit)
- Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee dan RM500,000 kepada licensor)
MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BUDGET 2013
a. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
- Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN – RM1.2 bilion
- Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak swasta
- Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan kanak‐kanak
- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada kadar 10 % setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan prasekolah swasta
b. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU
- OKU down syndrome, autisme, OKU penglihatan, OKU pekak dan bisu, OKU fizikal dan OKU masalah pembelajaran
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA & MASYARAKAT | BUDGET 2013
a. Program pembangunan wanita dan masyarakat
- Program Pengarah Wanita ‐ melatih 500 wanita sebagai Ahli Lembaga Syarikat: melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita untuk diketengahkan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat, dan
- Program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I‐KIT): mempertingkat program Inkubator Keusahawanan Ibu Tunggal (I-KIT) untuk memberi khidmat nasihat dan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang keusahawanan.
- Program Get Malaysian Business Online (GMBO) – geran RM1,000 kepada 50,000 usahawan kecil untuk membangunkan website: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengagihkan peruntukan berjumlah RM50 juta dalam bentuk geran RM1,000 kepada 50 usahawan kecil terutama wanita untuk meningkatkan jualan dalam talian melalui program Get Malaysian Business Online (GMBO).
- Pemeriksaan percuma ujian Mamogram – manfaat 100 ribu wanita
- Program KAR1SMA – manfaat RM1.2 bilion
- Program 1AZAM – manfaat 58,330 peserta
b. Tambahan 6 Anjung Singgah dan 5 Anjung Kasih di seluruh Negara
BELIA DAN SUKAN | BUDGET 2013
a. Program pembangunan belia
- Program Y-Creative – penglibatan persatuan belia seluruh negara
- Penubuhan New Enterpreneur Fundation (NEF) – usahawan muda menceburi bidang ICT
- Penubuhan Young Enterpreneur Fund – pinjaman perniagaan untuk belia dengan subsidi kadar faedah 2% ditanggung oleh Kerajaan (had pinjaman: RM100 ribu)