Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Sudah menjadi lumrah manusia memang sentiasa perlu membuat keputusan dalam kehidupan seharian kita. Walau bagaimanapun, setiap tindakan dan keputusan kita sebagai manusia tidak selalunya rasional dan biasanya  dipengaruhi oleh emosi. Emosi pula bergantung kepada situasi yang kita hadapi samada emosi negatif atau emosi positif.
Untuk menjalin hubungan yang baik dengan pelanggan dan menjana keuntungan untuk perniagaan, anda perlu sentiasa boleh mengawal emosi anda. Bagaimanakah untuk membuat keputusan yang rasional?
Anda perlu menenangkan diri dahulu sebelum berkata apa-apa sewaktu marah. Dan anda perlu reda dari gembira sebelum membuat keputusan sewaktu gembira.
kredit: http://merahitujambu.blogspot.com/

Bayangkan situasi dimana kad ATM anda ditelan oleh mesin ATM. Bank pula meminta anda datang semula esok hari kerana pegawai untuk mengurusakan kad ATM yang ditelan tidak ada di bank ketika itu. Dalam keadaan marah ini, ada seorang pelanggan yang datang ke pejabat untuk mengkritik mengenai perniagaan anda.
Dalam keadaan itu, anda pula bertindak dengan memarahi pelanggan tersebut lalu menyebabkan anda kehilangan pelanggan ini buat selama-lamanya.
Walhal keadaan normal, mungkin akan mendengar kritikan ini dan memohon maaf serta berjanji akan membetulkan keadaan.
Ini telah menyebabkan kerugian dipihak anda dan mungkin juga membawa kepada kehilangan reputasi kerana cakap-cakap dari pelanggan yang telah anda marahi tadi.
Bayangkan pula anda baru menyambut kelahiran anak yang baru. Dalam keadaan sangat gembira dan seronok ini, seorang pelanggan datang dan meminta kemudahan kredit. Kebarangkalian besar, anda akan meluluskan permohonan kemudahan kredit ini padahal pelanggan ini mempunyai rekod bayaran yang buruk.
Ini mungkin membawa kepada masalah mendapatkan bayaran dikemudian hari. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa membuat keputusan dalam keadaan sedar dan rasional. Tenangkan diri dan sentiasa berdoa semoga Allah swt membantu kita dalam urusan membuat keputusan supaya tiada tindakan yang akan menyebabkan kita sesali dikemudian hari.
Ingatan yang penting : Jangan Tawarkan Sesuatu Ketika Gembira, Jangan Cakap Sesuatu Ketika Marah

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter