Apakah masih perlu hobi setelah berumahtangga?

Masihkah anda ingat sewaktu kita dibangku sekolah dahulu, guru sering bertanya apakah hobi kita?
Biasanya hobi tersebut ditulis di dalam borang 101 (Maklumat Murid) atau pun  dalam autograf milik rakan-rakan.


Adakah anda masih lagi meneruskan hobi anda tersebut sehingga kini? Atau adakah hobi anda sudah berubah mengikut peredaran masa? Malang sekali jika anda kini tiada hobi langsung kerana sibuk dengan urusan rumahtangga dan kerjaya.

Mempunyai hobi adalah sangat penting kepada setiap wanita, tua atau muda. Ia mempunyai banyak kebaikan dan kelebihan kepada pengamalnya.


Hobi memberikan keseronokan serta mengembangkan sisi kreatif kita. Ia juga memberi ruang kepada kita sebagai ibu dan isteri untuk mempunyai masa untuk diri kita sendiri. Hobi yang sihat akan mampu meningkatkan motivasi serta menghilangkan kerisauan yang mudah melanda ibu-ibu.

Selain daripada itu, apabila seorang wanita berumahtanggan dan mula mempunyai anak, agak mudah untuk kita hilang identiti diri yang asalnya adalah sebab kenapa suami tertarik pada kita dahulu.  Sebagai contoh, dahulu kita sering bermain badminton bersama suami, namun semenjak kehadiran anak-anak tersayang, aktiviti ini tidak lagi kita lakukan. Maka, dengan terus mencari dan mencuri masa melakukan aktiviti ini akan membantu untuk mengekalkan identiti diri kita supaya sentiasa dapat menghangatkan hubungan dan kasih sayang.

Hobi bukan sahaja boleh membantu anda mengekalkan kesihatan mental dan emosi, ia juga bagus untuk  kecergasan fizikal terutamanya bagi yang gemar bersukan, aerobik, zumba dance, berenang dan lain-lain lagi.

Seringkali juga kita tidak sedar akan  kemahiran dan potensi diri lantas menyebabkan kita menjadi rendah diri. Namun, dengan mempunyai hobi, anda mungkin akan menerokai bakat terpendam dalam sesuatu perkara. Sekurang-kurangnya, hobi juga akan menambahkan ilmu dan kemahiran baru.

Terdapat beberapa jenis hobi yang boleh anda lakukan seperti:-

a. Hobi berkaitan pendidikan seperti mempelajari mengenai astronomi dan bercucuk tanam.

Puan Maria Zain menjadikan hobinya untuk membantu pertubuhan kebajikan. Kredit: Stringing Beads For Charity


b. Hobi berkaitan kerja kreatif seperti memasak, menjahit, mengait, fotografi dan scrap-booking.

c. Hobi berkaitan aktiviti fizikal seperti bersenam, merentas desa, aerobik, yoga, mendaki.

Terdapat mitos mengatakan hobi tidak membawa anda kemana-mana. Namun, menurut hasil kajian, hobi yang diadikan kerjaya akan memberi lebih berolehkepuasan terhadap apa yang mereka lakukan Jangan terkejut sekiranya janaan pendapatan juga akan menjadi lebih.

Oleh itu sekiranya kamu gemar menulis sesuatu, cuba ambil risiko dengan menulis novel atau buku dan tengoklah sendiri hasilnya! Inilah perkara menarik yang berlaku dan dilakukan oleh kebanyakan wanita masa kini.

Selamat menerokai diri anda!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter