Hakikat Rezeki



Menjadi kaya tidak dilarang oleh islam, malah setiap orang Islam digalakkan menjadi kaya. istilah kaya pula bukan semata-mata kaya harta malahan lebih dari itu. Semua orang mempunyai  bahagian rezeki masing-masing. Rezeki setiap kita sudah ditentukan Tuhan, namun yang membezakan kita adalah kegigihan dan kesungguhan dalam mencari rezeki.

Adakah anda mahu tahu rahsia rezeki?

Menurut buku "Saya Tidak Mahu Kaya Tetapi Harus Kaya" tulisan Aa Gym ada menceritakan mengenai hakikat rezeki yang perlu kita fahami supaya kita tidak menjadi hamba kepada wang dan harta semata-mata?

1. Rezeki yang dijamin

"Tidak ada suatu binatang melata pun di bumi melainkan Allahlah yang memberi rezeki padanya" Surah Hud, ayat 16. 

  • Setiap kita sudah dijanjikan rezeki masing-masing. Yang penting kita perlu risaukan supaya rezeki itu adalah halal dan samada kita bersyukur semasa menikmatinya.

2. Rezeki yang digantung

"Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri". Surah ar-Rad, ayat 11.

  • Ada masa kita mendapat rezeki yang sedikit dan adakala rezeki kita sangat lumayan. Yang penting adalah samada kita bersungguh-sungguh dalam mendapatkannya.
  •  Jika kita sudah bermati-matian berusaha tetapi masih tidak memperoleh seperti yang kita harapkan, maka seharusnya kita menerima hakikat bahawa memang itulah rezeki yang telah tertulis untuk kita pada ketika itu.

3. Rezeki yang dijanjikan

"Apabila kamu bersyukur, pasti Aku menambah nikmat kepadamu, tetapi apabila kamu mengingkari nikmatku sesungguhnya azabku sangat berat". Surah Ibrahim, ayat 7.

  • Apabila kita sentiasa bersyukur dan berlapang dada dengan bahagian rezeki yang diberikan kepada kita, Insya Allah, diri kita akan sentiasa gembira. 
  • Kita perlu ingat bahawa rezeki yang dimakan  akan menjadi kotoran, rezeki yang dipakai pasti menjadi buruk dan usang manakala rezeki yang dinafkahkan akan mendatangkan nilai di hadapan Allah swt.
  • Rezeki yang sedikit jika dikongsi juga akan menambahkan nikmatnya dan insya Allah akan ditambah berlipat kali ganda. 

Oleh yang demikian, seandainya perniagaan kita belum beruntung, pekerjaan kita masih ditakuk lama, kenaikan pangkat belum kunjung tiba, sering kesempitan dalam hidup semuanya bukan bermakna "bukan rezeki saya". Tetapi kita tidak memiliki rezeki itu kerana kita tidak mempunya kemahiran bagi menjemput rezeki itu datang kepada kita.

Semua orang berhak menjadi kaya, maka jangan berburuk sangka dengan Allah. Sesungguhnya Allah lebih mencintai orang Islam yang kuat daripada yang lemah.

Marilah kita berusaha memperbaiki kehidupan kita. 

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter