Berniat Menjadi WAHM (Work At Home Mompreneur)?



Berniat Menjadi WAHM (Work At Home Mompreneur)?
by Hani Arziana Abdullah
June 6th 2012

Anda ada niat untuk menjadi WAHM (Work At Home Mompreneur)?
Anda patut meneruskan niat anda untuk menjadi WAHM (Work At Home Mompreneur) sekiranya:  
  1.       Berat hati hendak tinggalkan anak yang sedang tidur
  2.       Anda selalu terkilan apabila orang lain yang ceritakan perkembangan anak anda
  3.       Pening dengan kerenah melampau bibik
  4.       Menangis dalam kereta setelah menghantar anak ke taska
  5.       Anda tak ada semangat untuk bersiap ke tempat kerja
  6.       Ingat fasal ‘traffic jam’ anda sudah hendak termuntah
  7.       Membuang masa berjam-jam untuk sampai ke pejabat dan balik ke rumah
  8.       Asyik tengok jam di pejabat, bilalah nak pukul 5:30pm ni
  9.       Telefon rumah selang satu jam untuk tanya khabar anak
  10.   Susah nak dapat cuti
  11.   Susah nak beribadat di tempat kerja 
  12.   Paling ‘happy’ bila cuti hujung minggu bermula
  13.   Anda nak besarkan keluarga anda sendiri
  14.   Ada keluarga di dalam rumah yang sakit dan perlukan perhatian
  15.   Keadaan kewangan yang sihat
  16.   Anda tak larat lagi kena ‘report’ kat bos
  17.   Bisnes yang anda jalankan secara ‘part time’ dah sedia untuk dibesarkan
  18.   Suami beri sokongan dan dorongan
  19.   Tengok orang lain berjaya kenapa anda tidak boleh
  20.   Kerja teruk-teruk, hujung bulan poket kosong jugak J
  21.   Anda dah baca dah faham artikel 6 Things All WAHM(ompreneur) Should Take Note”

Tunda Niat Anda Untuk Menjadi WAHM(Work At Home Mompreneur) sekiranya:

  1.       Keadaan kewangan anda belum mengizinkan 
  2.       Anda belum tahu bagaimana menguruskan wang anda
  3.       Anda tidak ada wang simpanan untuk sekurang-kurangnya 6 bulan – 1 tahun di bank
  4.       Tiada sokongan keluarga
  5.       Anda mempunyai kemahiran yang luar biasa dan orang lain tidak ada
  6.       Anda ‘stress’ bila bersendirian dengan anak-anak
  7.       Anda tidak cukup ilmu WAHM
  8.       Anda tidak tahu langsung asas perniagaan
  9.       Anda tidak yakin pada diri anda sendiri
  10.   Anda belum baca artikel “6Things All WAHM(ompreneur) Should Take Note”


                                                           Free images from http://www.freedigitalphotos.net 
                

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Grants For Single Moms
Site Meter